Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Perbadanan TAIB adakan Rumah Terbuka
22/04/2025

 


Kumpulan Syarikat Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (Perbadanan TAIB) terdiri daripada Perbadanan TAIB, Insurans Islam TAIB Holdings Sendirian Berhad (IITHSB) dan Darussalam Holdings Sendirian Berhad (DHSB) telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri berkonsepkan Rumah Terbuka, hari ini.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di Dewan Serambi Suluh, Bangunan Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan, di sini, mengalu-alukan lebih 1,500 tetamu dari pelbagai sektor.

Hadir pada majlis tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi bin Haji Mohd. Yussof selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan TAIB; Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah selaku Penasihat Lembaga Pengarah Perbadanan TAIB; Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan selaku Timbalan Pengerusi Perbadanan TAIB.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Urusan Perbadanan TAIB, Datin Hajah Hasnah binti Haji Ibrahim; Pengarah Urusan DHSB, Awang Haji Mahmud bin Haji Mohamed; dan Pemangku Pengarah Urusan IITHSB, Dayang Zamzaipa binti Haji Ismail yang antaranya mengalu-alukan kehadiran para tetamu.

Turut hadir, anggota Kor diplomatik, ahli Majlis Mesyuarat Negara, ahli lembaga pengarah Perbadanan TAIB dan anak syarikatnya, ahli jawatankuasa penasihat syariah, pegawai kanan kerajaan dan swasta, syarikat berkaitan kerajaan, institusi kewangan, pegawai akademik, pertubuhan bukan kerajaan, para pelanggan, rakan kongsi, Perusahaan Kecil dan Sederhana.

Sambutan Hari Raya mencerminkan komitmen berterusan Kumpulan Syarikat Perbadanan TAIB dalam mengeratkan hubungan bersama pihak berkepentingan di samping memupuk semangat perpaduan, penghargaan dan kebersamaan.

Ia berfungsi sebagai platform dalam menyampaikan ucapan penghargaan kepada mereka yang telah menyokong dan menyumbang kepada kemajuan dan pencapaian berterusan kumpulan.

Kumpulan Syarikat Perbadanan TAIB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah menyumbang kepada kejayaan acara tersebut dan mengharapkan kerjasama serta penglibatan yang berterusan pada tahun-tahun akan datang.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto